Sunday, 10 June 2012

SOLD! Bunga Kasih oleh Norhayati Berahim



SOLD

Harga jual: RM 15 (Termasuk Pos)

Harga asal: RM 23.90
Halaman: 448 m/s.
Keadaan buku: Masih baik dan berbalut. 

Anis merintis jalan pahit dengan penuh kesabaran dan cekal sehingga muncul sebagai gadis yang berjaya di daerahnya. Dia juga berhak mempertahankan kasih bapanya yang cuba dirampas oleh Baharom yang sama-sama mekar di satu jambangan. Dalam kegetiran itu, Anis terperangkap dengan hokum takdir dengan kehadiran Nasir, Iskandar dan Rohan.


SOLD! Duri oleh Fauziah Ashari



Harga jual: RM 15 (Termasuk Pos)

Harga asal: RM 21.50
Halaman: 505 m/s
Keadaan buku: Masih baik dan berbalut.

Duri menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.


.




SOLD!! Bila Sena Kembali Berbunga 2 oleh Amaruszati Noor Rahim



Harga jual: RM 16 (Termasuk Pos)

Harga asal: Rm 27.00
Halaman: 696 m/s.
Keadaan buku: Masih baik dan berbalut.

 Bagai kuntum sena yang mewarnai halaman hari, memutik, mekar dan berguguran. Demikian ia saling melengkapkan jalinan luka kasih Afikah dan Zakri. Ia pernah mewangi tapi bagai angin waktu, dating dan perginya tetap harum dan pedih yang menuntut kepasrahan Afikah. Keikhlasan, kesabaran dan keredhaan hati wanitanya, membenih sena yang tidak akan gugur lagi.






SOLD! Waja oleh Lamia Aimal




Harga jual: RM 12 (Termasuk Pos)

Harga asal: RM 18.90
Halaman: 400 m/s.
Keadaan buku: Masih baik (kertas sedikit kekuningan) dan berbalut. 

Biarkan masa lalunya ibarat setitik noktah pada sehelai kain putih. Dia masih berkesempatan untuk menghapuskannya. Meskipun tiada siapa yang mampu menongkah arus takdir yang menjadi suratan. Namun takdir dan suratan bukanlah mutlak kerana manusia masih mampu berdoa, untuk menghindar segarit kehampaan bagi merasai titisan bening mata pagi.


SOLD!! Dendam Yang Terlerai oleh Norhayati Berahim




SOLD
Harga jual: RM 15 (Termasuk pos)

Harga asal: RM 25.90
Halaman: 571 m/s.
Keadaan buku: Masih baik dan berbalut.

Rasa dendam yang bertali arus ini dapatkah aku empang alirannya? Mampukah kusekat dari terus mengalir? Hatiku tidak kuat… Perlahan-lahan mengalir jua air mata anak pelarian ini. Ya…aku anakmu. Setitis dendam yang tersimpan perlu aku leraikan kerana di sini, di dalam tubuh ini, darahmu mengalir sama, memberikanku nyawa…mengajar aku mengenal erti dosa dan pahala. Ayah, dendam ini telah pergi bersama pemergianmu. Tuhan, Kau ampunilah dosa-dosanya.







Thursday, 7 June 2012

SOLD!! Sayang Tak Terucap oleh Norhayati Berahim



S O L D
Harga jual: RM 14 (Termasuk Pos)
Harga asal: RM 19.90
Halaman: 518 m/s.
Keadaan buku: Masih Baik 



Mestikah dia membiarkan rasa benci it terus membelenggu hidupnya? Apakah guna akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya? Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insane. Malah, jauh disudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih saying seorang ayah dalam hidupnya.


SOLD! Permata Hati oleh Ma Lee Chuswan




S O L D
Harga jual: RM 15 (Termasuk Pos) 
Harga asal: RM 22.90
Halaman: 452 m/s.
Keadaan buku: Baik


Ternyata kebenaran sememangnya menyakitkan. Tetapi apakah pilihan yang dia ada? Semuanya sudah menjadi jalan mati. Cuma dia masih berharap agar kebenaran boleh membawa sedikit perubahan.
  

SOLD! Hati Yang Terusik oleh Nia Azalea



S O L D
Harga jual: RM 14 (Termasuk Pos)
Harga asal: RM 19.90
Halaman: 544 m/s.
Keadaan buku: Masih Baik dan berbalut.



Siapa kata manusia hanya boleh hidup hanya dengan cinta? Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia?
Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta. Mungkin juga ketentuan yang Eza, dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu. Namun hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.


SOLD! Kau Yang Satu oleh Nia Azalea



S O L D
Harga jual: RM 10 (Termasuk Pos)

Harga asal: RM 14.00
Halaman: 416 m/s.
Keadaan buku: Masih Baik 



Bot peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama  Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dan Salina, anak  Sulaiman. Namun begitu ternyata akan wujud konflik antara mereka berdua...


Bicara Hati oleh Damya Hanna




Harga jual: RM 14.00 (Termasuk Pos)

Remarks: Buku terpakai, Novel cetakan pertama, Keadaan buku masih baik

SOLD! Saat Cinta Bersemi oleh Damya Hanna

SOLD!


SOLD

Harga jual: RM 11 (Termasuk Pos)
Harga asal: RM 18.00
Halaman: 485 m/s.
Keadaan buku: Masih Baik 



Benar, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu juga degan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis… kehidupannya terus dirundung malang. Mahu atau tidak, Nur Dhuha harus mengharunginya demi kehidupan yang lebih bahagia.


Saturday, 2 June 2012

Relaku Menanti oleh Damya Hanna




Harga jual: RM 14  (Termasuk Pos)

Remarks: Keadaan buku masih baik.

SOLD! Lamaran Kedua oleh Ma Lee Chuswan



S O L D
Harga jual: RM 12  (Termasuk Pos)
Harga asal: RM 19.90
Halaman: 323 m/s.
Keadaan buku: Baik 




Jefri dan Nina. Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja.. satu, satu pergi dan hilang.